Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
366) PEMBANGUNAN MASJID SUNGAI CHINCHIN, GOMBAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kemajuan cadangan pembangunan Masjid Sungai Chinchin, Gombak yang telah beberapa kali diumumkan oleh Kerajaan Negeri?
Permohonan pewartaan dalam sistem e-Tanah (PTGS) telah dibuat dan dokumen hardcopy bagi tapak/ tanah Masjid Sungai Chinchin juga telah dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Daerah Gombak untuk diwartakan. Pihak JAIS akan memanggil pihak JKR Selangor dalam tempoh terdekat bagi menyediakan konsep rekabentuk masjid ini dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja awalan (Kerja Penyiasatan Tanah dan Kerja Ukur).