Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

39) PEMBANGUNAN MASJID DUN RAWANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kini berkenaan permohonan pembinaan Masjid Taman Pelangi dan Saujana Rawang?

    Masjid Taman Pelangi Rawang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12)/ Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang akan mula dirancang pembinaannya pada tahun 2025 dengan kos projek yang diluluskan sebanyak RM 11,000,000.00.  Pihak JAIS juga akan membawa perancangan pembinaan Masjid Saujana Rawang ke sesi libat urus bagi menentukan merit berkenaan keperluan pembinaan masjid tersebut untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13)/ Rancangan Selangor Ke 3 (RS-3).

  2. Apakah status kini berkenaan permohonan menaiktaraf Masjid Nurul Iman, Kampung Kenanga?

    JAIS telah memberi merit yang tinggi kepada pembaikan bumbung. Kan tetapi terdapat kekangan kewangan kepada pihak JAIS untuk baikpulih cerun. Penggantian bumbung  berkenaan akan dibawa untuk baik pulih di awal tahun 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.