Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
192) PEMBANGUNAN MADRASAH DARUL MUJAHIDIDN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah memuktamadkan tidak akan membantu pembangunan Madrasah Darul Mujahidin sepertimana yang telah dibincangkan sebelum keputusan perpindahan penduduk dimuktamadkan?
Kerajaan Negeri memutuskan untuk memberi perhatian kepada pembinaan sekolah-sekolah rendah agama yang lebih kritikal atau lebih diperlukan.
-
Nyatakan alasan dan rasional keputusan Kerajaan Negeri tersebut.
Kerajaan Negeri fokus untuk mempertingkatkan sekolah agama negeri di seluruh Negeri Selangor sedia ada.