Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

232) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN EKONOMI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan strategi khusus pembangunan luar bandar dan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor di DUN Morib terkini?

    Merujuk kepada Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 , pembangunan perumahan hanya melibatkan 15 peratus daripada keseluruhan kawasan dan tertumpu di kawasan pesisir Pantai Morib. Zon pertanian masih dikekalkan  kerana terdapat kampung-kampung Tradisi di bawah Rizab Melayu.

  2. Apakah sektor dan fokus utama pembangunan di DUN Morib?

    Fokus utama pembangunan adalah tertumpu kepada pembangunan pelancongan pesisiran pantai untuk menjadikan pusat tarikan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.