Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

54) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program kerajaan negeri untuk memajukan kawasan luar Bandar secara menyeluruh ?

    Berikut adalah antara program-program Kerajaan Negeri untuk memajukan kawasanluar Bandar :-

    1. Mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Desa di setiap daerah.
    2. Mejana pendapatan melalui ‘1 Kampung 1 Produk’
    3. Melaksanakan Projek-Projek Kecil Luar Bandar iaitu menyelenggara serta membaiki dewan / balai raya JKKK, parit / longkang dan jalan luar Bandar.
    4. Menjalankan Program Pembangunan Modal Insan iaitu menjalankan Program Penghayatan Islam JKKK Negeri Selangor, Kursus SPIES Kepimpinan JKKK

    Negeri Selangor dan Lawatan Pemahaman Dasar Kerajaan Bagi JKKK Kampung Tradisi Negeri Selangor ke Jabatan-Jabatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Secara perbandingan, berapakah nisbah bajet yang diperuntukkan untuk pembangunan kawasan luar bandar berbanding kawasan PBT-PBT ?

    Pada dasarnya Pihak Berkuasa Tempatan akan memperuntukkan 30% daripada peruntukan pembangunan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan di bawah kawasan PBT masing-masing. Sehubungan dengan itu, nisbah yang sama digunakan untuk memperuntukkan peruntukan bagi membangunkan kawasan luar Bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.