Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

84) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi pembangunan daerah-daerah di luar Lembah Klang selaras dengan aspirasi RMK-10?

    erajaan Negeri akan memastikan daerah-daerah yang berada di luar Lembah
    Klang akan menjadi item penawaran produk kepada penduduk di Lembah Klang.
    Ini kerana tumpuan permintaan dan pasaran adalah tinggi dan ia akan
    membantu para petani dan usahawan di sekitar Lembah Klang memperolehi
    ruang pasaran produk yang dihasilkan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah
    mengkhususkan daerah-daerah berikut:-
    1. Sepang dan Kuala Langat – Zon makanan berperoses dan
    pertanian ( umbisi )
    2. Sabak Bernam dan Kuala
    Selangor
    – Zon pengeluaran padi dan hasil
    laut
    3. Hulu Selangor dan Hulu
    Langat
    – Zon tanaman buah-buahan / sayursayuran

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk merombak dan menetapkan fokus dan jenis aktiviti pembangunan sosioekonomi baru di semua daerah di Selangor?

    Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada aktiviti berikut, contohnya:-
    i. Menjadikan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebagai
    pengeluar benih padi kepada seluruh negara.
    ii. Mempelbagaikan produk-produk IKS dengan citarasa yang memenuhi
    permintaan pasaran.
    iii. Mewujudkan program mento menti bagi projek yang boleh menjana
    pendapatan dalam tempoh yang singkat seperti tanaman cendawan.
    iv. Mewujudkan pusat pengumpulan produk IKS di daerah terpilih.
    v. Mewujudkan homestay baru sebagai tarikan pelancong.

  3. Apakah arah tuju dan perancangan khusus bagi pembangunan daerah Kuala Langat?

    Bagi daerah Kuala Langat program yang dirancang adalah seperti berikut:-
    i. Menjadikan Kuala Langat sebagai zon makanan berproses dengan
    mewujudkan sebuah pusat pengumpulan di Morib.
    ii. Mewujudkan Kuala Langat sebagai zon pelancongan ( Pantai Morib /
    Kelanang ).
    iii. Menjadikan Kuala Langat sebagai kawasan pertanian moden.

Lampiran

Tiada Lampiran.