Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
37) PEMBANGUNAN LOT 3 PEKAN MERU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah pembangunan Lot 3 akan dimulakan?
Proses perolehan bagi kerja-kerja Pembangunan Lot 3 telah dilaksanakan dan kerja-kerja fizikal akan dimulakan setelah selesai urusan pembersihan oleh peniaga-peniaga asal di tapak dijangka sehingga hujung Julai 2022. Kerja-kerja pembangunan tapak dijangkakan mengambil masa 8 minggu.
-
Apakah bentuk pembangunan yang telah dirancang di atas tanah Lot 3 ini?
Pejabat Daerah/Tanah Klang merancang untuk menyediakan satu dataran terbuka lengkap dengan tandas untuk kegunaan penduduk setempat melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Dataran tersebut juga akan menjadi tapak untuk Balai MPKK Kg Meru.
-
Berapakah budget yang diperuntukkan untuk membangunkan Lot 3?
Projek pembangunan Lot 3 adalah menggunakan peruntukan Tabung Amanah Infrasosial dengan kos projek sebanyak RM362,493.50.