Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

321) PEMBANGUNAN LITAR LUMBA DI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang digunakan dalam pemilihan lokasi untuk pembangunan litar lumba ini?

    Peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri meletakkan keutamaan penyediaan makanan yang benar-benar halal untuk pengguna Islam di Negeri Selangor ialah:

    1. Pegawai Pemeriksa di Bahagian Pengurusan Halal, JAIS sentiasa melaksanakan pemantauan berkala mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan semua premis mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam pensijilan halal. Sekiranya berlaku ketidakakuran serius dan besar, maka sijil halal syarikat akan digantung atau ditarik.
    2. Bahagian pengurusan Halal, JAIS juga sentiasa membuka saluran aduan 24 jam kepada masyarakat di Negeri Selangor untuk menyalurkan sebarang maklumat kesalahan berkaitan halal.
    3. Mengadakan Program Ziarah Halal/Jelajah Halal Selangor ke premis-premis yang belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
  2. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa pembangunan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada komuniti setempat dan alam sekitar?

    Kerajaan Negeri akan mengambil langkah awal dengan melantik perunding untuk menjalankan kajian kemungkinan (feasibility study) di tapak cadangan pembangunan litar lumba seperti yang dilakukan di Mukim Batu, Sungai Tua Gombak sebelum ini.

     

    Kajian ini akan membuat semakan dari aspek kejuruteraan, ekonomi, kesan alam sekitar serta jaminan penggunaan yang optima pada masa hadapan. Kajian ini penting bagi memastikan pembangunan yang akan dijalankan tidak memberi kesan negatif kepada komuniti setempat dan alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.