Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
161) PEMBANGUNAN LESTARI SUNGAI KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci kerja-kerja yang telah dilakukan untuk Pembangunan Lestari Klang dan kos nilai kerja yang telah dikeluarkan?
Pembangunan Lestari Sungai klang di bawah Selangor Maritime Gateway (SMG) melibatkan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dan pembangunan di pesisir Sungai Klang. Sehingga Ogos 2022, kerja-kerja pembersihan di Sungai Klang melalui tujuh (7) perangkap sampah dan dua (2) buah interceptor di bawah Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) telah Berjaya mengeluarkan sampah terapung sebanyak 82,000 MT dengan kos sebanyak RM23.00 juta. Terkini, jumlah pengeluaran sampah terapung tahunan menunjukkan trend menurun pada kadar 40% berbanding jumlah kutipan tahun pertama beroperasi pada 2016 sekali gus membantu memulihkan imej Kerajaan Negeri. Pengurangan sampah juga membantu meningkatkan kualiti air Sungai Klang dari Kelas 4 dan 5 kepada Kelas 3. Dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan Sungai Klang, pihak LLSB telah memperkenalkan projek perintis operasi perkhidmatan teksi air berkonsepkan pendidikan sungai (river educational trip (RET).
Sehingga kini, projek perintis operasi teksi air telah Berjaya mengadakan 19 trip boat ride bersama Non-Government Organization (NGO) dan mensasarkan aktiviti teksi air dapat dikomersialkan sebagai aktiviti ekopelancongan di Sungai Klang. Bagi pembangunan di pesisir Sungai Klang, terdapat dua (2) projek pemangkin yang telah dibangunkan iaitu Projek Menaiktaraf Taman Awam Pangkalan Batu (TAPB) dan pembangunan Taman Rekreasi Mangrove Point yang kin masing-masing telah menelan belanja sebanyak RM8.6 juta dan RM 10.6 juta. Kos-kos ini merangkumi kos perundingan, kerja pembinaan dan penyelenggaraan. Pembangunan dua (2) projek pemangkin ini adalah usaha LLSB mempromosikan pembangunan riverfront dan akan menjadi catalyst pembangunan-pembangunan lain di sepanjang Sungai Klang dengan menjadikan sungai sebagai tema. Ia juga menjadi model untuk menarik pelabur menjalankan aktiviti pembangunan komersial dan kediaman berdaya impak di atas tanah-tanah kerajaan yang terbiar di pesisir Sungai Klang di masa akan dating. Sehingga kini, pihak LLSB telah membelanjakan sekitar RM100,000.00 bagi menjalankan kajian inventori tanah-tanah kerajaan di sepanjang Sungai Klang dan telah mengenalpasti terdapat beberapa bidang tanah dengan jumlah keluasan kira-kira 200 ekar yang berpotensi untuk dibangunkan dalam tempoh 3-5 tahun.