Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
59) PEMBANGUNAN LERENG BUKIT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah posisi terkini Kerajaan Negeri berkenaan pembangunan lereng bukit?
Kerajaan Negeri masih mengekalkan keputusan Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri
Selangor Ke 6 /2008 bertarikh 2 April 2008 iaitu tiada sebarang pembangunan
dibenarkan di kawasan bercerun kelas III dan IV.
Walau bagaimanapun, setelah mendapat maklum balas hasil Bengkel Pertama dan
Kedua akan dibentangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapat
keputusan selanjutnya sama ada kelas III dan IV perlu dikekalkan untuk pemuliharaan.
Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dan Lereng
Bukit Negeri Selangor yang akan diluluskan oleh MMKN seterusnya menjadi rujukan
utama pelaksanaan pembangunan di kawasan tanah tinggi bercerun kelas III dan IV di
Negeri Selangor. -
Bilakah garis panduan akan siap didrafkan dan dikuatkuasakan?
Selepas mendapat maklum balas daripada Bengkel Pertama dan Kedua dan jika
Kerajaan Negeri berpuas hati dan tidak perlu mengadakan Bengkel Ketiga, urus setia
akan memuktamadkan Draf Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan
Tanah Tinggi dan Lereng Bukit Negeri Selangor dalam masa 2 bulan. Draf Garis
Panduan ini dijangka akan disiapkan pada atau sebelum 31 Januari 2010. -
Adakah masalah getaran bumi telah diambil kira apabila garis panduan didrafkan?
Draf Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dan
Lereng Bukit Negeri Selangor telah disediakan bersama Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Negeri Selangor dan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor. Aspekaspek tersebut sememangnya telah diambil kira semasa penyediaannya oleh Jabatan
Mineral dan Geosains Negeri Selangor.