Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

114) PEMBANGUNAN LEMBAH JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan di Lembah Jaya?

    Terdapat beberapa langkah bagi meransang ekonomi tempatan di Lembah Jaya seperti :

    1. Sokongan dan promosi produk tempatan keluaran penduduk Lembah Jaya – Kempen pembelian produk tempatan dapat membantu memperkukuh perniagaan kecil dan sederhana (PKS) disamping membantu menjana ekonomi setempat. Potensi pengenalan terhadap produk-produk seperti makanan, perkhidmatan dan sebagainya.
    2. Peluang pekerjaan dan latihan – Program Insentif Pengambilan Pekerja. Kerajaan telah menyediakan insentif kewangan kepada majikan untuk menggaji penganggur, terutamanya belia. Ini bukan sahaja mengurangkan kadar pengangguran tetapi juga meningkatkan pendapatan isi rumah
    3. Latihan kemahiran – Menyediakan latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan akan membantu mereka bersedia untuk pekerjaan yang ada, terutama dalam sektor yang memerlukan kemahiran khusus
    4. Aktiviti Pelancongan Domestik – Mempromosikan Pelancongan kawasan Lembah Jaya. Promosi pelancongan domestik dapat membantu memulihkan industri pelancongan dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
  2. Adakah terdapat insentif untuk menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan ini?

    Kawasan Dewan Negeri Lembah Jaya rata-ratanya merupakan kawasan penempatan dan kediaman yang padat. Hanya terdapat dua (2) kawasan industri dan beberapa plot tanah perniagaan dan perindustrian yang dikenalpasti boleh menarik pelaburan dan meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan ini. Potensi pelaburan terkini dilihat dari sudut:

    1. Pembangunan di Taman Ampang Height;
    2. Eko-pelancongan diaktifkan semula di Bukit Belacan dan Bukit Ampang; dan
    3. Kawasan perindustrian baharu di Tasek Tambahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.