Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
41) PEMBANGUNAN LADANG ELMINA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan pembangunan Ladang Elmina akan menghapuskan kedudukan padang bola, kuil hindu dan surau di kawasan tersebut ?
Pembangunan Sime Darby Elmina mempunyai 2 bahagian iaitu Elmina Timur di Seksyen U16 bersebelahan Seksyen U5, Shah Alam. Manakala sebahagian lagi di sebelah barat iaitu bersebelahan Bukit Subang melibatkan tiga seksyen iaitu di Seksyen U15, U16 dan
Merujuk kepada soalan ini ia merupakan pembangunan di Sime Darby Elmina Barat iaitu di Seksyen U15, U16 dan U17 Shah Alam. Pembangunan ini telah diluluskan Kebenaran Merancang pada 22 Januari 2015 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam melalui pelan daftar MBSA/PRG/PSA U17AV-6-14.
Pembangunan ini secara keseluruhannya telah mengambilkira keperluan kemudahan awam bagi menampung penduduk yang dianggarkan 66,744 orang berdasarkan bilangan unit rumah yang disediakan dalam pembangunan Elmina ini iaitu 16,686 unit rumah.
Walau bagaimanapun bagi kemudahan awam iaitu padang bola pihak Majlis telah mensyaratkan pemajuan taman bandar dengan penyediaan 12 padang bola yang akan dibangunkan oleh pihak pemaju Sime Darby Elmina.
Bagi kedudukan kuil hindu dan surau pihak Majlis telah mengambilkira kemudahan awam yang perlu disediakan di kawasan pembangunan Elmina ini.
Berikut merupakan kemudahan awam Rumah Ibadat Selain Islam dan Surau yang disyaratkan dalam pembangunan ini:
Bil. Komponen Unit Keluasan (ekar) 1. Rumah Ibadat Selain Islam 7 3.53 2. Surau 8 2.09 -
Jika ya, apakah akan disediakan tapak alternatif ?
Pihak Majlis telah mensyaratkan kemudahan Rumah Ibadat dan Padang Bola dalam pembangunan