Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
308) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah komponen dan butiran terkini pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam? Senaraikan butiran, lokasi dan keluasan tanah-tanah yang telah diluluskan untuk pertukaran tanah serta nilai tanah-tanah yang terlibat. Nyatakan penilaian JPPH untuk tanah-tanah di tapak stadium yang sedia ada. Kerajaan Negeri juga diminta untuk menyatakan tarikh siap pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam.
Komponen-komponen KSSA:
Plot 1 1) Stadium Shah Alam
2) Ruang Perniagaan
3) Plaza Parkir
4) Teater Tertutup
5) Sayap Sukan
6) Sayap Belia
7) Kawasan Rekreasi dan Sukan Luaran
156.55 Ekar
Plot 2 1) Hotel
3.62 Ekar
Plot 3 1) Terminal Bersepadu dan Parkir
10.05 Ekar
Tanah gantian bagi tujuan land swap belum dimuktamadkan.
Penilaian tanah gantian bagi tujuan land swap akan dilaksanakan oleh JPPH kelak untuk disesuaikan dengan kos Pembangunan KSSA.
Jangkaan siap keseluruhan Pembangunan KSSA adalah pada tahun 2029.
NOTA TAMBAHAN :
- MBI tidak membuat penilaian ke atas tanah KSSA memandangkan timbal balas kos “land swap” adalah berdasarkan kepada kos Pembangunan KSSA.