Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
186) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perobohan Stadium Shah Alam dan berapakah kos yang dianggarkan bagi tujuan tersebut?
Kontrak perobohan telah ditandatangani antara MBI dan Lembaran Prospek Sdn Bhd (anak syarikat milikan penuh MRCB Land Sdn Bhd) pada 6 Februari 2024.
Anggaran kos perobohan berjumlah RM35 juta.
NOTA KEPADA YAB MB :
- Anggaran kos ini adalah ‘provisional’ iaitu RM35 juta.
- Kos sebenar akan diketahui apabila setiap perolehan untuk kerja sub-kontrak dimuktamadkan.
- Perolehan dilaksanakan secara “open book”, iaitu pihak MBI dan Lembaran Prospek (MRCB) akan menilai kos kerja sub-kontraktor secara bersama.