Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

294) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran kos keseluruhan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam dan apakah komponen pembangunan? Dimanakah tanah-tanah yang terlibat dengan pertukaran tanah (land swapping) bagi membiayai kos projek KSSA?

    Komponen utama di dalam cadangan pembangunan KSSA adalah seperti berikut:

     

    1. Stadium utama
    2. Teater tertutup
    3. Ruang rekreasi terbuka yang luas dan hijau
    4. Ruang komersial
    5. Terminal bas bersepadu
    6. Hotel
    7. Hab Sukan
    8. Hab Belia

     

    Pembiayaan kos pembangunan KSSA akan dimuktamadkan. Justeru itu mekanisma timbalbalik melalui kaedah-kaedah yang sesuai akan diperincikan dengan teliti. Pertimbangan mekanisma timbalbalik ini akan mengambil kira nilai yang setara (“equal & fair value”) supaya kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.