Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

168) PEMBANGUNAN KOMPLEKS ISLAM AL-ISLAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah komitmen Kerajaan Negeri untuk merealisasikan pembangunan Kompleks Islam Al-Islah (KIAI) di Taman Seri Keramat, Hulu Kelang?

    Dalam merealisasikan pembangunan Kompleks Islam Al Islah (KIAI), Kerajaan Negeri memberi komitmen hanya untuk pembangunan masjid yang akan dilaksana pada RMK-13. Kerajaan Negeri berpendirian untuk tidak menanggung pembangunan sekolah tahfiz dan sekolah KAFA kerana ia adalah sekolah persendirian yang diurus oleh Jemaah Pengurusan Sekolah. Oleh itu, pembangunan sekolah tahfiz dan sekolah KAFA perlu diusahakan secara persendirian dan berasingan tanpa melibatkan pihak Kerajaan Negeri. Sekolah agama JAIS di DUN Hulu Kelang yang masih boleh diisi ialah:

     

    NO. NAMA SEKOLAH BIL. KELAS
    1 SRAI  TAMAN KERAMAT 18
    2 SRA TAMAN PERMATA 13
    3 KAFAI KAMPUNG KLANG GATE 6
    4 KAFAI AL-AZIZIAH 13
    5 KAFAI ISLAMIAH 8
    6 KAFAI AU4 11
    7 KAFAI AS-SOBIRIN 7
    8 KAFAI AT-TAQWA 12
    9 KAFAI MUWAFAQAH 12
    10 KAFAI AR-RIDHUAN 15
    11 KAFAI AL-KHAIRIAH 12
    12 KAFAI TAMAN MELAWATI 18
    JUMLAH 145

     

    Nota Tambahan:

    Tanah kompleks ini adalah tapak PAID Gombak yang lama di Taman Seri Keramat iaitu telah diwartakan sebagai tanah institusi agama.

Lampiran

Tiada Lampiran.