Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

83) PEMBANGUNAN KG FAJAR, HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah penyelesaian muktamad pembangunan Kg Fajar?

    Kampung Fajar merupakan antara tapak yang terlibat dengan projek River Of Live (ROL) , Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2010. Kementerian Wilayah dan Perumahan telah memutuskan di dalam mesyuarat pada 30 Mei 2016 bahawa Jabatan Perumahan Negara untuk membangunkan tapak tersebut kepada pembangunan perumahan mampu milik / Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara In-situ kepada setinggan sedia ada.

  2. Apakah syarat-syarat pembangunan Kg Fajar agar peneroka bandar yang telah menetap di situ lebih 60 tahun dapat hidup dengan selesa?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan sekiranya pembangunan ini perlu kepada usahasama antara syarikat pemaju swasta dengan GLC Selangor?

    Jabatan Perumahan Negara merupakan agensi kerajaan yang dilantik untuk merancang, membina , dan menyewakan kepada setinggan terbabit tanpa ada usahasama dengan pihak swasta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.