Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
134) PEMBANGUNAN KELUARGA SAKINAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kadar perceraian di kalangan keluarga Muslim di Negeri Selangor kian meningkat. Berapakah jumlah perceraian mengikut tahun dari tahun 2008 hingga 2013?
Jumlah perceraian dari tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah 2008 4069 2009 4614 2010 5342 2011 6035 2012 6098 2013 6028 -
Berapakah pecahan mengikut Daerah di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2013?
Pecahan jumlah perceraian mengikut daerah di Selangor dari tahun 2008 hingga 2013 adalah seperti berikut:
DAERAH/ TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012 2013 1 Klang 541 672 742 938 922 1047 2 Shah Alam 613 680 744 720 767 807 3 Petaling 594 673 765 1141 985 997 4 Gombak (B) 399 499 526 633 610 677 5 Gombak (T) 327 242 362 374 406 383 6 H/ Langat 712 945 1165 1030 1010 866 7 H/ Selangor 168 160 252 230 302 280 8 K/ Langat 201 232 232 252 315 200 9 K/ Selangor 210 204 259 287 339 330 10 S/ Bernam 147 140 135 191 198 171 11 Sepang 157 167 160 239 244 264 Jumlah 4069 614 5342 6035 6098 6028 -
Apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan kadar perceraian ini?
Langkah-langkah yang diambil bagi menangani kadar perceraian yang tinggi adalah seperti berikut:
- Menjalankan sesi kaunseling/ rundingan kepada pasangan dan pihak-pihak yang terlibat;
- Membentuk jawatankuasa pendamai berdasarkan peruntukan Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003 di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah; iii. Melaksanakan Program Modul Keluarga Sakinah di seluruh daerah;
- Memberikan pendedahan awal mengenai bab-bab aqidah, ibadah, munakahat, pengurusan dan risiko perceraian, tanggungjawab dan hakhak suami dan isteri kepada pasangan yang masih bujang dalam kursus pra perkahwinan;
- Melaksanakan Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Pusat Pembangunan Sosial di 12 buah Masjid terpilih di seluruh Negeri Selangor, dan
- Melaksanakan Kursus Pasca Perkahwinan seperti Kursus Rumahku Syurgaku, Kursus Kemahiran Keibubapaan, Kursus Kefahaman Poligami dan Kursus Keluarga Bahagia.