Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
142) PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 1346 MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenan pembangunan tanah secara serentak bagi cadangan pembangunan kediaman di atas Lot 1346 Mukim Telok Panglima Garang,Daerah Kuala Langat, Selangor?
MMKN BIL 8/2013 bertarikh 27.2.2013 telah meluluskan permohonan Tukar Syarat Pecah Sempadan Sek 124A KTN daripada Pertanian kepada Bangunan Kediaman dengan Bayaran Premium berjumlah RM 325,672.00 telah dijelaskan pada 4.7.2013. Hakmilik HSM 13025 PT 12178 hingga HSM 13088 PT 1224 Mukim Telok Panglima Garang telah didaftarkan.