Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

334) PEMBANGUNAN KEDAI PLB DI BAWAH PEJABAT DAERAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah unit kedai baru dan bina semula dilaksana sejak tahun 2008 di Selangor?

    Tiada kedai baru dan bina semula dilaksanakan. Bangunan kedai telah diserah kepada Majlis Perbandaran Klang pada 2 April 2007.

  2. Berapakah bilangan yang uzur dan perlu dibangunkan semula di DUN Meru?

    1. Pentadbiran ini tiada maklumat berhubung bilangan bangunan yang uzur dan perlu dibangunkan di DUN Meru memandangkan bangunan kedai akhir sekali telah diserah kepada Majlis Perbandaran Klang.
  3. Berapakah yang telah diserah dan belum serah kepada MPK? Senaraikan.

    1. Butiran bagi bangunan kedai yang telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Klang adalah pada 2 April 2007 adalah seperti berikut :

     

    BIL LOKASI UNIT
    1. Mukim Klang 28
    2. Mukim Kapar 41
    3. Kawasan Pulau Indah 24
    4. Kawasan Bukit Raja 21
    5. Kawasan Rantau Panjang 36
    Jumlah Keseluruhan 150

     

    Dalam masa yang sama, butiran bagi bangunan kedai yang belum diserah pada Majlis Bandaraya Shah Alam adalah seperti berikut :

     

    BIL LOKASI UNIT
    1. Kawasan Jalan Kebun 7

Lampiran

Tiada Lampiran.