Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
19) PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR DAN DESA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri ada autoriti untuk menyelaraskan peruntukan dan projek luar bandar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
-
Apakah status terkini projek pendaftaran jalan-jalan negeri yang didaftarkan dengan MARRIS?
Peruntukan dan projek luar bandar daripada Kerajaan Negeri diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Manakala, peruntukan dan projek luar bandar daripada Kerajaan Persekutuan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Perbincangan di antara UPEN dan ICU telah dijalankan bagi mengenalpasti kaedah atau mekanisma terbaik bagi penyelarasan peruntukan dan projek luar bandar yang bertindih antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Setakat ini, belum ada keputusan muktamad mengenainya.
-
Apakah status terkini projek pendaftaran jalan-jalan negeri yang didaftarkan dengan MARRIS?
JKR Selangor telah berjaya menyiapkan Projek Pencerapan Data-Data Jalan- Jalan Kampung bagi tujuan pendaftaran MARRIS di Negeri Selangor pada Jun Projek ini telah berjaya melaksanakan cerapan data jalan kampung sejumlah 2,845.33 km dan telah didaftarkan ke dalam sistem MARRIS Online.
Projek Cerapan jalan kampung ini memberikan pulangan tambahan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM39.38 juta setiap tahun. Pada masa kini pihak Jabatan sedang melaksanakan projek cerapan jalan PBT dengan anggaran panjang jalan sebanyak 2800km dengan anggaran pulangan Tahunan Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM86.80 juta setahun.