Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

75) PEMBANGUNAN KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan halatuju yang strategik dalam menentukan pembangunan dari segi sosio - ekonomi, sosial dan infrastruktur di kampung - kampung tradisi pada tahun 2024?

    Soalan ini telah dijawab bersekali dengan soalan No.40 daripada Yang Berhormat Kota Kemuning.

    Kerajaan Negeri sentiasa komited terhadap pembangunan sosio – ekonomi, sosial dan infrastruktur di kampung-kampung tradisi di Selangor. Sehubungan itu bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi dan RM2 juta untuk Program Pembangunan Desa khusus bagi program-program pembangunan sosio-ekonomi dan sosial. Manakala sejumlah RM2 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor, serta peruntukan berjumlah RM2 juta bagi projek-projek naik taraf dan baik pulih balai raya dan kemudahan awam luar bandar yang lain di semua daerah Negeri Selangor.

    Sehubungan ini, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan cadangan bagi program pembangunan sosial dan ekonomi desa serta permohonan bagi projek pembangunan desa dan akan menilai dari segi keperluan dan keadaan semasa bagi pelaksanaannya. Cadangan dan permohonan bagi menjalankan program ini hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah yang selanjutnya akan diangkat untuk pertimbangan YB EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna.

  2. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembangunan infrastruktur di kampung - kampung tradisi pada tahun 2024?

Lampiran

Tiada Lampiran.