Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
37) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan kampung baru Cina? Sila nyatakan dalam bentuk pecahan
- Jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi pembangunan kampung baru cina mengikut pecahan adalah seperti berikut :
- i) Tahun 2009 : RM 3,337,983.79
BIL PTD / PBT BIL PROJEK 1 Petaling 7 2 Klang 4 3 Gombak 7 4 Sepang 3 5 Kuala Selangor 16 6 Kuala Langat 2 7 Hulu Langat 14 8 Hulu Selangor 10 9 Sabak Bernam 16 10 MPKJ 1 11 MPSJ 2 JUMLAH KESELURUHAN 82 Tahun 2010 : RM 1,894,075.00
BIL PTD / PBT BIL PROJEK 1 Petaling 1 2 Klang 3 3 Gombak 6 4 Sepang 0 5 Kuala Selangor 5 6 Kuala Langat 1 7 Hulu Langat 1 8 Hulu Selangor 7 9 Sabak Bernam 1 10 MDKL 1 JUMLAH KESELURUHAN 26 – Bilangan projek tahun 2010 setakat April 2010.
-
Apakah masalah pembangunan yang dihadapi oleh kampung baru Cina ini?
- Antara masalah yang dihadapi berkaitan dengan pembangunan Kampung Baru adalah dari segi kemudahan infrastruktur seperti longkang, jalan dan lampu jalan yang tidak Selain itu, terdapat juga masalah dari segi kemudahan awam yang melibatkan balai raya, perpustakaan, taman permainan dan sebagainya yang perlu diselenggara dan dinaiktaraf.
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
- Kerajaan Negeri akan mengguna pakai kesemua peruntukan yang disalurkan bagi tujuan seperti menaiktaraf, menyelenggara dan membaik pulih infrastruktur serta kemudahan awam di kawasan kampung