Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

348) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah digunakan dalam pembangunan kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan kampung baru antara tahun 2018-2023?

    Peruntukan pembangunan kemudahan infrastruktur yang telah digunakan untuk projek-projek di Kampung Baru adalah seperti berikut:

    TAHUN PERUNTUKAN BIL PROJEK
    2019 RM 3,679,505.92 63 projek
    2020 RM 3,055,643.09 34 projek
    2021 RM 2,309,185.45 34 projek
    2022 RM 2,383,094.82 34 projek
    2023 RM 2,385,312.69 31 projek
    JUMLAH RM 13,812,741.97 196 projek
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penyaluran peruntukan kecemasan untuk membaikpulih kemudahan infrastuktur yang rosak akibat bencana alam mahupun musim air pasang surut laut?

    JKR

    Bagi memastikan kerja pembaikan dan kecemasan dapat dilaksanakan dengan baik, sebanyak RM 170 Juta telah diperuntukkan kepada JKR Selangor untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya negeri bagi Tahun 2023.

    JPS

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM535,210.34 bagi melaksanakan beberapa kerja di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh sebagaimana berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.