Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

312) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan kerajaan negeri bagi agenda Pembangunan Kampung Baru tahun 2015?

    Perancangan Kerajaan Negeri bagi agenda Pembangunan Kampung Baru 2015 adalah dengan menambah baik dan memperbanyakkan program- program serta projek-projek pembangunan di Kampung Baru yang merangkumi pembangunan fizikal dengan mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat selaras dengan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri Projek-projek kecil yang akan dilaksanakan adalah merupakan projek infrastruktur bagi menjamin keselesaan penduduk Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor.

  2. Bagaimanakah pencapaian EXCO portfolio ini tahun 2014?

     

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru untuk projek- projek kecil/ program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2014. Jawatankuasa Tetap ini telah berjaya melaksanakan beberapa program dan projek-projek kecil di Kampung Baru / Bagan / Tersusun sepanjang tahun 2014 seperti berikut:

     

    1. Program Riang Ria Membaca

     

    Program ini telah dilaksanakan pada bulan Julai hingga September 2014 melibatkan enam (6) buah kampung Baru / Bagan / Tersusun di Negeri Selangor. Tujuan program adalah untuk memupuk budaya membaca di kalangan generasi muda. Butiran lengkap program adalah seperti berikut :

     

    Bil. Daerah Kampung Tarikh
    1. Kuala Selangor Kg. Baru Ijok 20/07/2014
    2. Sabak Bernam Kg. Bagan Sg. Pulai 10/08/2014
    3. Hulu Langat Kg. Baru Bangi 16/08/2014
    4. Gombak Kg. Kuala Garing 17/08/2014
    5. Hulu Selangor Kg. Baru Air Panas 24/08/2014
    6. Kuala Langat/ Sepang Kg. Baru Seri Dengkil 07/09/2014

     

     

    1. Projek-projek Kecil

     

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa fasa projek-projek kecil di Kampung Baru /Bagan /Tersusun Negeri Selangor yang mana merangkumi beberapa jenis projek seperti berikut:

     

    BIL. JENIS PROJEK BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM)
     

    1.

     

    Jalan

     

    13

     

    742,235.00

     

    2.

     

    Jambatan & Titi

     

    5

     

    743,433.00

     

    3.

     

    Longkang

     

    18

     

    903,625.00

     

    4.

     

    Bangunan

     

    13

     

    1,080,740.00

     

    5.

     

    Lain-lain

     

    18

     

    739,730.00

    JUMLAH KESELURUHAN 67 4,209,763.00

     

    Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM4.2 juta bagi melaksanakan pembangunan fizikal di Negeri Selangor bagi tahun 2014.

     

  3. Nyatakan projek dan jumlah peruntukan bagi setiap kampung-kampung baru yang telah disalurkan?

Lampiran

Tiada Lampiran.