Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
258) PEMBANGUNAN KAMPUNG BAHARU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah faedah yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk pembangunan Kampung Baharu
Bagi pembangunan Kampung Baharu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baharu kepada Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi menjalankan program-program serta projek-projek pembangunan di Kampung Baru sama ada pembangunan fizikal atau bukan fizikal. Peruntukan tersebut dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan tempoh masa yang telah ditetapkan.
-
Berapakah jumlah Kampung Baharu Di Selangor dari 2008 hingga 2014 mengikut daerah?
Jumlah Kampung Baru di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2014 adalah sebanyak 77 kampung yang terdiri dari kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun. Pecahan lengkap kampung baru, kampung bagan dan kampung tersusun mengikut daerah adalah seperti berikut :
BIL. DAERAH JUMLAH KG. BARU BAGAN TERSUSUN 1. Petaling 6 – 1 2. Klang 1 3 – 3. Gombak 5 – 8 4. Hulu Langat 10 – 2 5. Sepang 4 – – 6. Kuala Selangor 3 7 – 7. Kuala Langat 2 – – BIL. DAERAH JUMLAH KG. BARU BAGAN TERSUSUN 8. Sabak Bernam 3 9 – 9. Hulu Selangor 8 – 5 JUMLAH KESELURUHAN
42
19
16
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada seluruh Kampung Baharu dari tahun 2008-2014?
Jumlah peruntukan yang diberikan kepada seluruh kampung baru dari tahun 2008 hingga 2014 adalah seperti berikut:
BIL. TAHUN PERUNTUKAN (RM) 1. 2008 200,000.00 2. 2009 5,476,000.00 3. 2010 5,400,000.00 4. 2011 5,000,000.00 5. 2012 5,000,000.00 6. 2013 5,000,000.00 7. 2014 5,000,000.00 JUMLAH KESELURUHAN
31,076,000.00