Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

67) PEMBANGUNAN JKKK KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kami difahamkan bahawa memang ada peruntukan kewangan bagi memajukan semua JKKK kampung. Sila senaraikan jumlah peruntukan dan jenis bantuan yang diberi kepada setiap JKKK kampung.

    Berikut adalah jumlah peruntukan bantuan JKKK 2009 yang disalurkan kepada setiap daerah :-

     

    Bil. Daerah Jumlah (RM)
    1 Petaling 159,600.00
    2 Klang 277,200.00
    3 Gombak 294,000.00
    4 Hulu Langat 512,400.00
    5 Sepang 159,600.00
    6 Kuala Langat 285,600.00
    7 Kuala Selangor 462,000.00
    8 Hulu Selangor 277,200.00
    9 Sabak Bernam 663,600.00
      JUMLAH 3,091,200

     

     

    Selain itu Kerajaan Negeri juga telah menyumbang sebuah komputer untuk setiap kampung bagi memudahkan dan membantu setiap JKKK menjalankan tanggungjawab dengan lebih bersistematik. Secara tidak langsung ianya juga membantu JKKK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kampung.

  2. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu kampung dibenarkan membentuk suatu JKKK kampung

    Berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu kampung membentuk suatu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk satu kampung.

     

    • Kampung tersebut merupakan sebuah kampung tradisi;
    • Pemecahan sebuah kampung tradisi sedia ada disebabkan kampung asal terlalu besar atau penduduknya terlalu padat;
    • Bekas kawasan FELDA;
    • Kampung tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah rumah;
    • Kampung/kawasan tersebut terletak di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
    • Kampung/kawasan tersebut terletak dalam kawasan PBT tetapi tidak mendapat kemudahan yang disediakan oleh PBT.

     

  3. Berapa peruntukan yang di beri pada Pejabat Daerah untuk membantu sesuatu JKKK Kampung untuk satu kampung.

    Sehingga kini peruntukan yang diberi kepada Pejabat Daerah hanyalah terhad kepada bayaran elaun kepada Pengerusi JKKK / Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK sahaja serta bantuan-bantuan pentadbiran dan mesyuarat bergantung kepada permohonan yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.