Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

108) PEMBANGUNAN ISLAMIC CITY DI SHAH ALAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk membangunkan Islamic City tersebut?

    Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan Bengkel Pembangunan Islamic City pada 27hb. Mei 2012 di Hotel Saujana Hayat dan dirasmikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor dan pihak Majlis juga telah mengadakan Bengkel Pusat Bandar Shah Alam pada 23hb Oktober 2013 untuk mendapatkan pandangan dan cadangan pemilik-pemilik tanah berhubung pembangunan Pusat Bandar Shah Alam yang akan diselaraskan dengan konsep pembangunan Islamic

    City.

    Berikut adalah hasil penemuan bagi cadangan konsep pembangunan tersebut:

    1. Kumpulan 1 (Fasilitator : Tn Haji Nazri Jaafar, Pengarah Urusan ANZ Planners Sdn Bhd)
    1. Menerapkan prinsip keadilan         dengan          tiada   pengasingan golongan tua dan muda, miskin dan kaya
    1. Aktiviti berteraskan budaya Islam dengan mengikut Al-Quran dan Sunnah serta mempelbagaikan aktiviti
    • Tidak hanya memberi tumpuan kepada pengalaman luar dan hendaklah mewujudkan identiti tempatan
    • Tumpuan aktiviti berlandaskan Islam seperti pengelompokan kegiatan perbankan, zakat, kebajikan dan wakaf
    • Mengawal dan menjaga keamanan serta keselamatan di dalam pengurusan bandar
    • Kumpulan 2 (Fasilitator: Profesor Madya Syed Hasan Syed Subli,

    Pensyarah Kanan UiTM)

    1. Masjid sebagai elemen tarikan utama
    2. Komponen pembangunan merangkumi pengisian berbentuk

    kerohanian (komuniti dan ilmiah), fizikal (rekabentuk dan struktur bangunan dan lanskap),  infrastruktur (jaringan pejalan kaki dan pengangkutan awam) dan keselamatan serta kemudah sampaian.

    • Aktiviti yang dicadangkan termasuklah komersil, pendidikan, hiburan dengan mengambilkira kepakaran rekabentuk bandar dan perancangan dengan menerapkan elemen air, dan penerapan rekabentuk alam semulajadi.
    1. Kumpulan 3 (Fasilatator: Y Bhg Datuk Lar. Shahoran Johan Ariffin,

    Presiden Lanskap Negara)

    • Pemuliharaan ekologikal dan ekosistem kehijauan sedia ada
    • Tumpuan kepada           elemen           pendidikan,   rekreasi,         institusi, kesihatan dan perlancongan. iii.  Pembangunan mampan iv.            Mengutamakan pembangunan bandar yang berkualiti tinggi.
    1. Kumpulan 4 (Fasilitator: Puan Norasiah Yahya, Ahli Panel Lembaga

    Rayuan Negeri Selangor)

    • Fungsi masjid sebagai pusat ilmiah dan kemajuan komuniti
    • Pembangunan dan struktur bangunan berdensiti rendah bagi menggalakkan interaksi sesama manusia
    • Pembangunan perumahan tidak digalakkan memandangkan

    Seksyen 5 telah dikelilingi oleh komponen tersebut

    • Pembangunan berkonsep bazar dan asrama adalah lebih sesuai di kawasan ini.
    • Rekabentuk bangunan futuristik dan konsep fabrik perlu diterapkan supaya tidak terasing.
    • Kolam takungan dikekalkan bagi mengelak berlakunya kesan ke atas ekologi. Disarankan agar mewujudkan taman rusa / arnab sebagai pusat pendidikan kanak-kanak / awam.
    • Menggalakkan tanaman pokok buah-buahan seperti di Australia (Cheshnut Park, Bolluvard & Parking)
    • Mewujudkan “small scale halal hub” Peyelenggaraan minima terhadap bangunan dan lanskap.
    • Sistem pengurusan trafik dan lalulintas (pejalan kaki yang lebih menyeluruh) dan pengangkutan awam yang lebih efisyen
    • Menerapkan elemen air pancut yang tidak hanya berfungsi sebagai hiasan lanskap tetapi berfungsi sebagai tempat berwudhu’.
    • Pencahayaan menggunakan sistem tenaga solar
    • Rekabentuk bandar dengan mengambilkira kemudahan OKU dan mesra pengguna.
    1. Kumpulan 5 (Fasilitator : Tuan Mohtar Hani, Timbalan Datuk Bandar,MBSA)
    • Pengisian rohani dengan menjana program pelancongan bercirikan ‘Islamic Tourism di kawasan masjid, Night Safari (di Taman Hutan Bandar), Muzium Islam, pementasan teater berkonsepkan islamic (Teater Shah Alam) dan mengimarahkan aktiviti-aktiviti Pusat Mushaf sedia ada.
    • Menerapkan konsep syariah undang-undang Islam yang lebih komprehensif melalui larangan menjual alkohol.
    • Memberi tumpuan kepada imej senibina islam di dalam acuan tempatan dan tidak bercanggah dengan konsep islam sebenar (mewujudkan Garispanduan Senibina Islam Khas untuk pembangunan akan datang)
    • Memperbanyakkan aktiviti dan memberi tumpuan kepada fungsi masjid yang tidak hanya dilihat berfungsi sebagai tempat solat malah menjadikannya sebagai konsep ‘kuliye’.
    • Mewujudkan pelan pengurusan trafik dan lalulintas dan memberi keutamaan terhadap kemudahan pengangkutan awam (wujudkan

    shuttle bas bagi kemudahan pergerakan dalam bandar          dan ‘cable car’ dalam zon Islamic City)

    1. Mewujudkan Polis Syariah di bawah kerjasama JAIS, MBSA dan penduduk (serta pemasangan kamera litar tertutup secara menyeluruh).

    Konsep Pembangunan Islamic City ini telah diselaraskan semula berdasarkan Titah DYMM Sultan Selangor berhubung penggunaan nama pembangunan yang bersesuaian.

  2. Berapakah peruntukan untuk rancangan pembangunan ini?

    Setakat ini peruntukan belum lagi disediakan kerana ia masih lagi di peringkat perancangan.

  3. Bilakah projek ini akan mula dilaksanakan?

    Projek ini akan dilaksanakan setelah Pelan Induk Pembangunan ini diluluskan sekiranya bersesuaian dengan titah DYMM Sultan Selangor dan dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.