Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
76) PEMBANGUNAN INSAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 7.8 juta untuk melaksanakan program pembangunan insan. Berapa jumlah program yang telah di laksana, kelompok sasar dan jumlah peserta yang dilatih?
- Program Kursus Pembangunan Insan (SPIES) telah dilaksanakan bermula bulan Ogos 2008 sehingga tahun 2010 telah melibatkan seramai 55, 697 peserta dengan bilangan kursus sebanyak 587 Maklumat terperinci adalah seperti jadual di bawah:
Jadual 1: Pencapaian program SPIES tahun 2008
KATEGORI PESERTA BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Kanak – kanak 4 411 Belia 23 2303 Ibu bapa 6 714 Warga Industri 2 160 Ketua Kampung 3 330 Setiausaha JKKK 2 365 Pendidik 7 850 Remaja 7 700 Mahasiswa 12 1200 DUN 1 150 KATEGORI PESERTA BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Pegawai JAIS 2 135 Siswa 1K 4 400 Pimpinan Pelajar 2 200 JUMLAH 75 7918 Jadual 2: Pencapaian SPIES tahun 2009
PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Masyarakat 1 60 Belia 91 7339 Alumni SPIES Belia 19 1670 Remaja 47 1597 Alumni SPIES remaja 10 931 SPIES Kepimpinan /Penjawat Awam
42 3217 Ibu bapa 10 2000 Warga Emas 1 50 Ibu Tunggal 2 200 Pendidik 17 1615 Pelajar IPT 3 253 PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Alumni SPIES Kepimpinan 1 24 SPIES Siswa 1K 5 294 SPIES Siswa 11 829 SPIES AJK Masjid 5 366 SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880 JUMLAH 276 21,325 Jadual 3 : Pencapaian SPIES 2010
PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Remaja 49 4,412 Belia 22 1,831 Penjawat Awam (SKPA) 118 9,088 Pemimpinan Masyarakat 3 227 Warga Pendidik 42 3,824 Ajk Masjid 8 870 Ibu tunggal 6 600 Ibu bapa 17 1,750 AJK JKKK 7 306 PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA Mahasiswa / Pelajar IPT 7 590 Alumni Spies **Briged Amal
10 1,183 Kaum India 3 2,000 JUMLAH 292 26,454 -
Apakah modul dan pendekatan untuk membangunkan modal insan ini?
- Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program SPIES yang diperkenalkan kepada warga negeri Selangor menekankan kepada pembangunan dan pembentukan 3 dimensi utama iaitu:
- Pembangunan Spiritual (Rohani)
Menekankan kepada kualiti akhlak, ketakwaan, komitmen terhadap agama dan peningkatan kuantiti amalan mulia;
- Pembangunan Diri (Intelektual, Fizikal dan Emosi)
Intelektual – Pembinaan akal adalah untuk melahirkan insan profesional yang memiliki sifat – sifat mahmudah (baik), berfikiran matang dan mampu menolak unsur negatif.
Fizikal – Selain itu pembinaan dari segi fizikal atau jasmani pula berperanan untuk melahirkan rakyat Selangor yang sihat, dinamis dan bertenaga dapat menyumbang kepada produktiviti negeri.
Emosi – Manakala pembinaan emosi menumpukan kepada usaha pengukuhan rohani seseorang insan iaitu untuk mengawal emosi terhadap diri dan orang lain.
- Pembangunan Hubungan Sosial (Alam dan Manusia)
Hasil daripada pengawalan emosi akan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi pembentukan peribadi dan mampu bertindak secara bijak dalam perhubungan interpersonal serta hubungan dengan alam sekitar.
Tiga (3) dimensi utama ini merupakan satu gabungan yang sempurna dan lengkap untuk melahirkan satu tamadun kemanusiaan yang gemilang serta mempunyai nilai moral yang tinggi seterusnya menjadikan Selangor negeri idaman, maju dan berkebajikan. Hasil gabungan tiga (3) dimensi ini telah membentuk SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social.
Oleh itu, usaha murni Kerajaan Negeri ini dimantapkan dalam tindakan mengadakan modul – modul yang baik dan berkualiti kepada 11 sasaran penting iaitu Kakitangan kerajaan, Pendidik, Belia, Remaja, Kepimpinan Masyarakat, AJK Masjid, JKKK, Mahasiswa, Briged Amal dan modul keluarga yang dibahagikan kepada 2 modul iaitu Ibu bapa dan Ibu tunggal. Pengenalan kepada 11 modul SPIES ini merupakan peringkat permulaan dan semakan yang berterusan ke atas setiap modul sentiasa dibuat bagi memastikan ianya adalah relevan dan realistik.