Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
64) PEMBANGUNAN INFRASTUKTUR TAMAN SEGAR DAN TAMAN SEGAR TAMBAHAN U5 MBSA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah sebarang rancangan pembinaan jalan awam di kawasan tersebut?
Pihak Majlis telah menerima surat enyerahan jalan di Taman Segar dan Taman Segar Tambahan U5 adalah melalui surat daripada pihak Kerajaan Negeri melalui surat PDP.PEM 600/1/1/7 Jld 3 (12) bertarikh 5 September 2022 yang menyatakan cabutan keputusan MMKN agar pihak Majlis untuk menyelenggara jalan tersebut. Untuk makluman, penyerahan jalan ini adalah tidak dirujuk kepada pihak Majlis terlebih dahulu dan hasil pemantauan dan lawatan tapak yang dilakukan mendapati keadaan jalan dan sistem perparitan tidak diselenggara serta tidak mengikut piawaian serta standard spesifikasi Majlis. Selain itu, persempadanan rezab jalan juga adalah tidak jelas. Oleh yang demikian, Pihak Majlis pada ketika ini hanya melaksanakan kerja-kerja tampalan jalan melalui pasukan ‘Road Gang’ secara ‘Inhouse’. Kerja-kerja naiktaraf infrastruktur di kawasan Taman Segar ini hanya dilaksanakan setelah mendapat persempadanan rizab jalan. Setelah jalan ini memperolehi persempadanan rezab, pihak Majlis akan mencadangkan agar jalan ini dinaiktaraf dan didaftarkan didalam sistem Smart MARRIS, pihak MBSA akan menyenaraikan jalan di Taman Segar didalam projek MARRIS tahun 2024.
-
Adakah sebarang pembangunan sistem perparitan di kawasan tersebut?
Kerja-kerja pembaikan longkang dan pembersihan dilakukan secara inhouse sehingga rizab jalan dilaksanakan. Kerja-kerja menaiktaraf longkang dijangka disenaraikan dalam projek MARRIS tahun 2024 setelah didaftarkan didalam sistem Smart MARRIS.
-
Adakah sebarang pembangunan sistem pengairan di kawasan tersebut?
Pihak Majlis ketika ini tidak menjalankan sebarang pembangunan sistem pengairan sehingga rezab jalan ditentukan.