Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
279) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan bagi pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur sukan di negeri Selangor dalam tempoh tahun 2013 dan 2014
Dari tahun 2013 sehingga 2014, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dua puluh empat (24) projek penyelenggaraan kemudahan sukan bagi Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor. Jumlah yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM505,547.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Lima Ribu Lima Ratus Empat Puluh Tujuh Sahaja).
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menambahkan baik pembangunan infrastruktur sukan di kampung tradisi dan kampung baru
Kerajaan Negeri Selangor komited di dalam pembangunan infrastruktur sukan di kampung tradisi dan kampung baru seluruh Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur sukan di bawah Geran Selangorku bagi pembinaan gelanggang futsal, bola keranjang dan sebagainya di setiap daerah. Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan rancangan pembinaan baru dan penyelenggaraan infrastruktur sukan ini dan beberapa rancangan lain di bawah agensi pelaksana, Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
Sebarang perancangan pembangunan infrastruktur Sukan akan dibuat berdasarkan kajian yang teliti supaya infrastruktur tersebut dapat dioptimumkan penggunaannya. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan mengkaji pembangunan infrastruktur Sukan di kampung tradisi dan kampung baru sesuai dengan maklumbalas yang diterima daripada penduduk kampung dan juga pihak yang mempunyai kepakaran.