Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
197) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG MELAYU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah tindakan Kerajaan Negeri mahu membangunkan infrastruktur kampung tradisi Melayu dalam kerangka sedia ada?
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi akan membangunkan infrastruktur kampung tradisi dengan menaiktaraf gerai dan mewujudkan dataran niaga untuk dijadikan medan bagi penduduk kampung memasarkan produk-produk perniagaan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM12juta bagi penyelenggaraan jalan kampung juga digunakan secara menyeluruh untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung yang telah rosak. Manakala peruntukan sebanyak RM4juta telah digunakan untuk menaiktaraf kemudahan asas desa seperti balairaya dan dewan orang ramai. Pecahan projek-projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2015 adalah seperti di lampiran A
-
Senaraikan fokus utama kerajaan?
Fokus utama Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan infrastruktur Kampung Melayu adalah kepada penyelenggaraan jalan-jalan kampung (jalan PLB). Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan peruntukan untuk penyelenggaran jalan kampung sebanyak RM12 juta berbanding RM4 juta pada tahun 2014.