Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
307) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa lamakah tempoh menunggu bagi membaik pulih lampu solar yang telah rosak di Sg. Semata Kuala Pajam?
Bagi lampu solar yang dipasang dan masih dibawah tempoh tanggungan kerosakan, pembaikan lampu solar akan dibuat oleh pihak kontraktor dengan segera (anggaran 1-2 minggu). Namun bagi lampu solar yang telah tamat tempoh tanggungan kerosakan, pihak JKR akan ambil tindakan kerja – kerja pembaikan.
-
Apakah pihak yang bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan lampu solar dilakukan dengan efisien?
Pihak JKR bertanggungjawab bagi memastikan lampu-lampu solar di jalan-jalan JKR diselenggara dengan baik. Bagi memastikan penyenggaraan lampu dilakukan dengan efisien, pihak JKR sentiasa melakukan rondaan secara berkala bagi memeriksa keadaan lampu solar agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pihak JKR juga sentiasa merintis pokok yang menghalang cahaya matahari agar lampu solar dapat cahaya matahari secara optimum.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk memasang lampu solar di kawasan-kawasan baru?
Pada tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Selangor telah memohon sebanyak RM 2 juta di bawah peruntukan Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik bagi meneruskan Inisiatif Program Selangor Bercahaya dan kerja-kerja pemasangan lampu solar dijangka akan dilaksanakan setelah peruntukan tersebut diluluskan.