Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

11) PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program yang diadakan untuk memupuk aktiviti industri pertanian di Selangor?

    Kerajaan Negeri amat mengambil perhatian berkenaan dengan program-program pertanian bagi meningkatkan bekalan makanan negeri dan meningkatkan pendapatan golongan tersebut. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan seperti :-

    1. Program Tanaman Fertigasi;
    2. Program Peningkatan Hasil Padi dan tanaman padi ke arah MyGAP;
    3. Penanaman pokok buah-buahan dan sayuran;
    4. Penternakan ruminan dan bukan ruminan;
    5. Peningkatan hasil nelayan;
    6. Projek akuakultur dan penternakan ikan sangkar; dan
    7. Program Peningkatan Pengeluaran Dan Kualiti Produk Industri Asas Tani (IAT).
  2. Apakah rancangan Kerajaan untuk membawa teknologi baru ke industri pertanian supaya hasil pertanian dapat dijamin?

    Penggunaan kawasan tanah untuk pertanian di Negeri Selangor amat terhad memandangkan berlakunya pertembungan dengan sektor pembinaan untuk tujuan perumahan dan komersial. Berdasarkan kepada faktor tersebut satu tindakan affirmatif dan kreatif telah mula dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran hasil sentiasa meningkat sebagai contoh mempromosi dan menggalakkan penanaman berkonsepkan fertigasi lengkap Sistem Perlindungan hujan (SPH), penternakan ayam secara bertingkat, penggunaan teknologi dan jentera moden bagi pengeluaran hasil seperti transplanter dan drone untuk tanaman padi, sistem kawalan baja dan haiwan perosak secara dalam talian, penggunaan baja-baja organik dan mikrob dan aplikasi pertanian persis atau precision agriculture.

    Kesemua konsep tersebut adalah berpaksikan kepada High Value Agriculture Product (HVAP) yang lebih mementingkan pengeluaran hasil yang tinggi pada nilai premium, amalan pertanian lestari dan dalam masa yang sama mengamalkan penggunaan teknologi dan jentera moden serta penggunaan keluasan tanah yang lebih kecil tetapi pengeluaran hasil yang tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.