Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
41) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah nilai pulangan secara terus dan tidak terus industri pelancongan di Selangor kepada Kerajaan Negeri?
Tourism Selangor tidak mempunyai data dan maklumat khusus berkenaan nilai pulangan secara terus dan tidak terus industri pelancongan di Selangor kepada Kerajaan Negeri. Kebanyakan data mengenai Industri pelancongan merujuk kepada data yang disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.
Walaubagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, Tourism Selangor telah melaksanakan kaji selidik data kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 yang lalu dan bagi tempoh tersebut, Negeri Selangor telah menerima jumlah kedatangan pelancong sebanyak 994,457 orang pelancong dengan anggaran jumlah perbelanjaan pelancong (Resit Pelancongan) sebanyak RM601 juta.
-
Adakah kerajaan ada menyediakan peruntukan khas atau geran untuk naiktaraf kawasan tarikan pelancongan sedia ada dan kawasan tarikan baru?
Ya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 1,350,000.00 (RM 1.35 juta) untuk menampung kos bagi beberapa projek menaiktaraf infrastruktur di kawasan pelancongan yang sedia ada dan kawasan pelancongan yang baru dan berpotensi di Negeri Selangor yang lebih berkonsepkan ‘Safe Tourism’ serta ‘Sustainable’. Permohonan peruntukan ini adalah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk diangkat kepada kelulusan diperingkat Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor.