Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
84) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa chalet-chalet di bawah kelolaan Tourism Selangor di Sungai Chongkak, didapati terlalu usang?
a) & b)
Ya. Langkah-langkah yang telah di ambil sebelum ini adalah membaiki kerosakan yang ada serta menaik taraf chalet-chalet mengikut peringkat seperti yang berikut:-
- Menutup semua chalet dengan serta merta mulai 11 Oktober 2017 selama satu (1) bulan untuk menaik taraf dan
- Menghadkan tempahan bermalam hanya untuk aktiviti perkhemahan sahaja dan kawasan riadah awam beroperasi seperti
- Bangunan-bangunan yang merosot adalah disebabkan oleh ketidaksesuaian pembinaan cuaca dan suasana hutan simpan tropika, dirobohkan dan
Selain dari melaksanakan langkah-langkah tersebut, pihak Tourism Selangor juga telah merancang pelan tindakan untuk jangka masa panjang seperti yang berikut:-
- Memperkenalkan penjenamaan dan konsep baru terhadap operasi dan servis perkhidmatan di Congkak Park & Resort, mengikut ‘trend’ terkini dan mengambil kira kesesuaian dan keadaan
- Menaik taraf kaunter
- Menaik taraf laluan jalan utama, akses masuk dan tempat letak
Kemudahan awam serta tapak perkhemahan juga akan dinaik taraf bagi memastikan kawasan tersebut mengutamakan keselesaan para pengunjung dan mesra pelancong.
-
Jika ya, apakah langkah-langkah yang akan diambil?
-
Minta dibentangkan usaha-usaha pembangunan Pelancongan Negeri Selangor yang lepas dan perancangan akan datang secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Tourism Selangor selaku badan promosi pelancongan rasmi negeri rancak melaksanakan program dan aktiviti
pelancongan negeri. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuklah penyertaan Kerajaan Negeri di dalam siri promosi di dalam dan luar negara, penganjuran Acara Pelancongan, kempen promosi pelancongan dan sebagainya.
Dalam usaha membangunkan industri pelancongan, terdapat beberapa bidang dan segmen pelancongan yang menjadi fokus dan keutamaan negeri. Terlebih dahulu, sebelum ini Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada pelancongan berasaskan pelancongan gaya hidup (lifestyle tourism) di mana, aktiviti promosi yang dijalankan mempromosikan tempat-tempat gaya hidup seperti penganjuran festival, pesta, konsert, pusat membeli-belah, taman tema dan sukan golf dan industri kesihatan (wellness). Ini adalah sesuai dengan kedudukan Kerajaan Negeri sebagai negeri termaju di dalam Malaysia dan Kerajaan Negeri berpandangan ketika itu, Negeri Selangor perlu menonjolkan kelebihan tersebut yang tidak didapati di mana-mana di dalam negara.
Meskipun negara Malaysia, khususnya Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai salah sebuah tumpuan pelancong untuk membeli-belah di dunia, namun Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk mempromosikan segmen pelancongan yang lebih bersifat sederhana perlu dilaksanakan. Sehubungan itu, pada kempen Tahun Melawat Selangor 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi fokus kepada segmen pelancongan semula jadi, pelancongan sukan dan pelancongan warisan dengan memilih tema ‘Discover Selangor, Terokai Selangor’ . Pemilihan pembangunan bagi ketiga-tiga segmen pelancongan ini dilihat sebagai serampang dua mata di mana selain bertujuan untuk mempromosikan kekuatan ketiga-tiga segmen ini di dalam pelancongan negeri, ia juga bertujuan secara tidak langsung mempergiatkan industri sukan, menjadikan negeri fokus dalam memelihara dan menjaga alam sekitar dan memberi perhatian kepada pemuliharaan sejarah dan warisan.
Fokus Kerajaan Negeri semenjak itu diteruskan sehingga ke tahun ini dengan mengekalkan segmen yang sama dengan penambahbaikan segmen iaitu Pelancongan Eko, Pelancongan Sukan dan Pelancongan Warisan dengan tema baru yang lebih segar dan tepat, ‘Discover Selangor, Heart of Malaysia’. Sesuai dengan tema tersebut, menjadi fokus Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang unik dan nadi kepada negara Malaysia. Negeri Selangor sebagai negeri termaju dan menjadi pusat tumpuan rakyat dari serata negeri untuk mencari rezeki di negeri ini, kepelbagaian latar belakang kaum, budaya dan cara hidup telah menjadikan negeri ini amat unik.
Sehubungan itu, bagi memastikan fokus pelancongan negeri tidak tersasar daripada fokus segmen yang dirancang, Kerajaan Negeri telah memberi perhatian pembangunan menaik taraf produk pelancongan negeri dari segi Menaik taraf Infrastruktur Pelancongan Khazanah, Menaik taraf Produk
Pelancongan Pantai, Menaik taraf Produk Pusat Rekreasi Air Terjun, dan Menaik taraf Papan Tanda Informasi Pelancongan.
Seterusnya pada masa hadapan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi fokus tambahan kepada pembangunan segmen pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan. Ini adalah berdasarkan kekuatan sedia ada negeri Selangor selaku sebuah negeri yang mempunyai senarai institusi pendidikan swasta yang banyak sama ada di peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Bahkan, kewujudan institusi pendidikan tidak formal umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadikan negeri Selangor sebagai pilihan kepada pelajar-pelajar untuk belajar di sini sama ada di kalangan rakyat negeri-negeri lain bahkan di kalangan rakyat luar negara.
Pusat-pusat perubatan swasta yang berkualiti dan mempunyai teknologi terkini di dalam negeri ini juga sering menjadi pilihan kepada penduduk tempatan dan antarabangsa terutama dari negara jiran untuk mendapatkan perubatan. Mengambil kira kekuatan ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan segmen pelancongan perubatan ini sebagai segmen yang perlu diketengahkan.