Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

415) PEMBANGUNAN INDUSTRI BUDAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang disediakan untuk penyelidikan mengenai budaya tempatan, termasuk tradisi, bahasa, dan adat resam, yang mungkin sedang dilupakan?

    Kerajaan Negeri Selangor adalah komited melaksanakan pelbagai inisiatif, khususnya melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi memastikan kelestarian budaya tempatan, tradisi, bahasa, dan adat resam negeri.

    Penyelidikan mengenai tradisi budaya tempatan, meliputi adat resam dan bahasa yang menjadi tonggak utama dalam pembentukan kebudayaan negeri merupakan antara asas penting yang periu difahami dan dihayati terutamanya oleh generasi muda yang akan menjadi pelapis bagi pucuk pimpinan negara.

    Sehubungan itu, usaha bagi mengangkat dan memartabatkan warisan dan budaya sentiasa menjadi keutamaan PADAT. Melalui Pelan Strategik PADAT 2019-2023, beberapa Pelan Tindakan telah dilaksanakan menjurus dalam bidang penyelidikan mengenai sejarah budaya dan warisan negeri Selangor. Antara penyelidikan telah dan sedang berjalan adalah:

    1. Penyelidikan Tekstil Tradisional Warian Selangor iaitu telepuk dan kelingkan. Penyelidkan ini telah membuktikan Selangor selain berperanan sebagai negeri industri utama Malaysia juga memilik warisan-warisan budaya yang tinggi nilai setanding dengan negeri dan negara lain. Berdasarkan daripada penyelidikan, Selangor juga mempunyai sejarah fesyen milik Selangor iaitu pola Kebaya Selangor. Selangor akan meneruskan lagi kajian yang lain berkaitan dengan warisan tekstil dan akan mengembangkan industri tekstil tradisonal melalui teknologi terkini; dan
    2. Kerajaan Negeri melalui PADAT sebagai agensi pelaksana telah berjaya mempopularkan semula gastronomi makanan warisan Selangor. Penyelidikan gastronomi telah berjaya mewartaan nasi ambeng Selangor. Kerajaan negeri juga dalam usaha untuk mewartakan Sate Kajang sebagai makanan warisan Selangor. PADAT juga tleah menyediakan inventri bagi jejak gastronomi makanan warisan Selangor. Penyelidikan ini juga akan diterbitkan dalam bentuk Journal dan buku.

    Selain daripada menjalankan kajian, pihak PADAT turut melihat kepentingan dalam melindungi dan memeliharan objek sejarah berkaitan Warisan Selangor dan antara tindakan yang sedang dilaksanakan oleh PADAT adalah cadangan untuk mengangkat mata wang Sultan Ibrahim dan Kitab Pohon Agama Karangan Sultan Alaeddin Suleiman Shah Sebagai Objek Warisan Ketara Warisan Kebangsaan 2007. Matawang Sultan Ibrahim telah dihantar pecalonan ke Jabatan Warisan Negara (JWN) dan dalam proses untuk dicalonkan.

    Bukan hanya penyelidikan dan pewartaan, PADAT juga turut melaksanakan pengembangan maklumat dan kefahaman kepada masyarakat awam mengenai warisan dan budaya melalui pameran dan dokumentari.

    Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen dan dedikasi Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan tradisi, bahasa, dan adat resam masyarakat tempatan terus dilestarikan, diperkukuh, serta dihayati oleh generasi kini dan akan datang.

  2. Apakah usaha kerajaan untuk menyokong perkembangan industri budaya dan kreatif, seperti industri muzik, filem dan fesyen yang mempromosikan elemen budaya tempatan?

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Keusahawanan menyediakan geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) yang terbuka kepada usahawan di Negeri Selangor merentasi semua sektor termasuk sektor ekonomi kreatif seperti usahawan dalam industri muzik, filem dan fesyen. Dana ini merupakan program khas dalam bentuk mesin atau peralatan untuk membantu usahawan di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil pengeluaran produk dan jualan. Setiap pemohon menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00.

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan turut menyediakan dana pemberian sumbangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melaksanakan program/aktiviti yang tidak berorientasikan keuntungan serta menyokong perkembangan industri budaya dan kreatif negeri Selangor. Setiap pemohon menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM5,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.