Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
134) PEMBANGUNAN HULU SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri bercadang untuk memajukan daerah Hulu Selangor termasuk mensasarkan Bernam Jaya sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa. Apakah perkembangan semasa pembangunan di Hulu Selangor?
Di antara projek-projek yang telah dan sedang diusahakan oleh PKNS dan nilai pelaburan di Bernam Jaya adalah seperti berikut:
Bil. Pelaburan Projek Ulasan 1. Bernam Jaya International
Airpark
Kerjasama pintar PKNS-SICRedland Aviation Services diperingkat MOU. Keluasan 1,500 ekar. Terminal, Fixed Base Operation (FBO) dan Maintenance Repairs & Overhaul (MRO).
RM2.1b 2. “Retirement Village” dipakej
bersama skim
MM2H
Kerjasama pintar PKNS – Nagamas Land Development Sdn. Bhd. peringkat akhir memuktamadkan perjanjian. Keluasan 100 ekar.
Kediaman bungalow villa dan semi-d villa.
RM148.9 juta 3. Ningbo Saide Electric
Appliances
Pengeluar panel solar serta kelengkapan dan peralatan berkaitan. RM100juta -
Berapakah pelaburan yang telah diperolehi?
Anggaran jumlah keseluruhan pelaburan yang telah dicapai setakat ini di Bernam Jaya adalah RM3.13 bilion.
-
Apakah projek pembangunan baru yang boleh dilaksanakan buat masa kini?
PKNS dengan kerjasama SSIC masih lagi menjalankan beberapa siri rundingan dengan pihak-pihak yang berminat untuk melabur di Bernam Jaya, baik dari dalam dan luar negara. Di antara pihak-pihak berminat yang masih mengadakan sesi rundingan bersama pihak PKNS dan SSIC adalah dari kalangan pelabur-pelabur dalam bidang farmaseutikal, elektronik, aeronautikal dan penerbangan, penghasilan tenaga, pemasangan dan perkhidmatan.