Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
166) PEMBANGUNAN FLY OVER MERENTASI JALAN TOL SUNGAI RASA KE SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos pembinaan Fly Over tersebut?
Projek Persimpangan Bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7, Shah Alam adalah milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di mana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di lantik sebagai pengurus projek. PKNS telah menjalankan tender terbuka bagi pelaksanaan projek ini dan berdasarkan dasar Kerajaan Negeri iaitu ‘value for money’ dan pemilihan harga terendah, PKNS telah menganugerahkan projek ini kepada syarikat PKNS Infra Berhad dengan kos projek berjumlah RM45.9 juta.
-
Berapakah sumbangan yang diberikan oleh pemaju untuk pembinaan Fly Over tersebut. Sila senaraikan sumbangan mengikut pemaju?
Berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri, jumlah sumbangan oleh pemaju ini adalah berdasarkan Gross Development Value (GDV) dan juga Traffic Impact Assessment (TIA) yang telah dijalankan oleh Jurutera Perunding yang dilantik. Jumlah sumbangan ini berkadaran 50:50 iaitu antara GDV dan TIA kepada syarikat-syarikat yang berkepentingan di kawasan pembangunan Seksyen 7, Shah Alam. Jumlah sumbangan adalah seperti berikut:
BIL PEMAJU JUMLAH SUMBANGAN (RM)
1 PKNS 9,544,313.38 2 SEJAGAT EMAS 229,983.46 3 ERA WANGSA 1,310,905.69 4 DAYA INTELEK 367,973.53 5 RCP ASTANAZ 689,950.37 6 MS KALI 1,655,880.88 7 SOLAR PURPOSE 252,981.80 8 WORLDWIDE 1,310,905.69 9 PCM BINA 2,230,839.51 10 SELAMAN 965,930.51 11 I-CITY 23,918,279.32 12 IJM PROPERTIES 3,518,746.86 JUMLAH 45,996,691.00 Sehingga kini, jumlah yang telah di bayar kepada pihak kontraktor adalah berjumlah RM34.9 juta.
-
Bilakah jangkaan Fly Over ini akan siap?
Tempoh Kontrak projek ini bermula pada 2 April 2012 hingga 30 September 2013. Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi lanjutan masa selama 10 bulan mulai 1 Oktober 2013 hingga 30 Julai 2014 berdasarkan permohonan kontraktor atas sebab untuk melaksanakan kerja-kerja pengalihan utiliti dan kerja memperkukuhkan tanah di atas tapak projek.