Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

190) PEMBANGUNAN FELDA SG BUAYA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah bekas peneroka itu kepada kerajaan negeri ?

    Terdapat tanah kerajaan, tanah hak milik individu dan tanah yang menjadi hak milik swasta.

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan tanah tersebut ?

    Kerajaan Negeri bercadang membangunkan tanah di kawasan yang telah dirampas disebabkan kegagalan menjelaskan bayaran cukai tanah.

  3. Jika terdapat pihak swasta ingin memajukan tanah tersebut, apakah syarat-syarat daripada pihak kerajaan negeri ?

    Bergantung pada kelulusan / ketetapan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang serta jabatan-jabatan yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.