Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

121) PEMBANGUNAN FASILITI SUKAN YANG TIDAK MENCUKUPI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan pembangunan fasiliti sukan yang jarang didapati seperti Velodrome?

    1. Kerajaan Negeri telah melihat isu dalam pembangunan fasiliti sukan di Selangor, khususnya ia juga melibatkan keperluan serta tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam membantu kepada pembangunan sukan di Selangor.

     

    Pembangunan ini bukan sahaja dilihat dari segi fungsi atau tujuan pembinaan fasiliti tersebut. Malah kajian dari segi teknologi, sains sukan serta segala kelengkapan yang membolehkan keberkesanan pembangunan itu lebih efektif. Secara tidak langsung, ia turut melibatkan pembangunan sukan yang berprestasi tinggi iaitu kepada para atlet di Negeri Selangor.

     

    Namun, Kerajaan juga perlu melihat dari segi kekangan yang perlu dititik beratkan sebelum merangka sebarang perancangan pembangunan yang ingin direalisasikan.

     

    Antara perkara yang perlu diambil berat adalah isu penyelenggaraan. Sebagai contoh Velodrome yang akan melibatkan anggaran kos pembinaan hampir RM 50 Juta bagi sesebuah Velodrome yang lengkap dari segala keperluan serta speksifikasi yang telah ditetapkan.

     

    Ditambah pula dengan kos penyelenggaraan yang mampu mencecah sehingga RM5 Juta setahun. Sedangkan penggunaan fasiliti tersebut hanya lebih digunapakai oleh kumpulan-kumpulan kecil iaitu golongan elit dan professional serta atlet-atlet pelapis.

     

    Justeru, pihak Kerajaan dalam usaha meneliti keperluan serta keutamaan yang perlu dilihat agar sebarang perangkaan atau perlaksanaan yang ingin dijalankan dapat memberi impak yang baik kepada semua di masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.