Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

26) PEMBANGUNAN EKONOMI GOLONGAN BELIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bersetuju pengangguran dan kesempitan hidup golongan belia antara faktor utama perlakuan jenayah dalam masyarakat?

    a dan b

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memperkasakan belia di Selangor dan telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan peluang pekerjaan supaya golongan masyarakat memiliki sumber pendapatan sendiri sekaligus mengelakkan pengangguran dan kesempitan hidup golongan belia. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk menaik taraf hidup golongan belia di Selangor sebagaimana berikut :-

    • Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan, telah menganjurkan satu program Karnival Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Program yang dilaksanakan ini telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang untuk mengisi 5,818 tawaran kekosongan jawatan. Program Karnival Kerjaya (Job Fair) ini juga telah diadakan di daerah-daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan sambutan yang menggalakkan dengan pengunjung yang melebihi 1000 orang setiap daerah.
    • Seterusnya, Kerajaan Negeri turut mengadakan program dan bantuan kepada belia bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seperti berikut :-

     

    1. Dana Usahawan Mikro Selangor;
    2. Pameran/Ekspo ;
    3. Karnival/Festival Usahawan;
    4. Kursus/Latihan ;
    5. Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selangor (4P); dan
    6. Program Hijrah Selangor

    Melalui program HIJRAH Selangor, pinjaman kewangan diberikan kepada golongan belia bagi memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-

    JENIS

    SKIM

    PINJAMAN TEMPOH BAYARAN

    BALIK

     
    SKIM 1 3,000.00- 25 minggu (6 bulan)  
      5,000.00 50 minggu (12 bulan) Ditawarkan kepada
        semua peminjam
    100 minggu (24 bulan)
        yang berkelayakan
    150 minggu (36 bulan)
    SKIM 2 6,000.00- 25 minggu (6 bulan)  
      10,000.00 50 minggu (12 bulan)  
        100 minggu (24 bulan)  
        150 minggu (36 bulan)  
          Ditawarkan kepada
          semua peminjam
          yang berkelayakan
    SKIM 3 15,000.00- 25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan
      20,000.00 50 minggu (12 bulan) kepada peminjam
        yang telah tamat
    100 minggu (24 bulan)
        pinjaman pusingan
    150 minggu (36 bulan)
        pertama dengan kredit
    SKIM 4 30,000.00- 25 minggu (6 bulan)
      50,000.00 disiplin yang
    50 minggu (12 bulan)
        memuaskan
    100 minggu (24 bulan)
        150 nggu (36 bulan)  

     

    1. Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-

     

    Bil Program Jenis

    Bantuan

    Jumlah

    Usahawan

    1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440
    2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653
    3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406
    4. GROW Bimbingan & Latihan 163
    JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662

     

    1. Kerajaan Negeri juga turut mengadakan Program Klinik Usahawan bagi memastikan belia usahawan sentiasa diberi latihan dan kursus bagi menjamin belia Selangor terus berjaya dalam bidang keusahawanan. Statistik program di bawah Program Klinik Usahawan adalah seperti jadual berikut :-

     

     

    BIL TAHUN JUMLAH     SEMINAR     /      BENGKEL     /

    KURSUS/LAWATAN

    JUMLAH

    PESERTA

    1. 2013 18 995
    2. 2014 14 798
    3. 2015 20 843
    4. 2016 17 589
    JUMLAH 69 3,225
  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menaikkan taraf hidup golongan belia di Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.