Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
28) PEMBANGUNAN E-SUKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauhmanakah peruntukan RM1juta utk Pembangunan E-Sukan telah digunakan dan memberi manfaat kepada belia di Negeri Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM 1 juta yang telah disediakan untuk pembangunan e-sukan di negeri Selangor masih belum digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri sedang dalam usaha bagi merangka pelan tindakan yang komprehensif untuk memastikan peruntukan ini akan memberi manfaat maksima kepada belia di negeri Selangor.
Kerajaan negeri turut merancang untuk meneruskan program pembangunan bakat e-sukan seperti Selangor Cyber Games agar dapat menyediakan platform kepada pemain untuk mempamerkan bakat mereka seterusnya meningkatkan penghayatan dan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti e-sukan di Selangor.
-
Nyatakan perincian bajet yg telah digunakan untuk Pembangunan E-Sukan ini.
Tiada perincian bajet untuk dikemukakan seperti mana yang telah dijelaskan dipara (a) berhubung peruntukan tersebut.