Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

130) PEMBANGUNAN DUN TG SEPAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rancangan Tempatan Morib/Tg Sepat 2005-2020 telah dilancarkan dan dipamerkan beberapa tahun lepas. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan sejauh mana peringkat perlaksanaannya di jalankan?

    Rancangan Tempatan Morib/Tg. Sepat 2005-2020 telah diwartakan pada 21 Jun 2007. Di peringkat MDKL, Rancangan Tempatan ini dijadikan  panduan perancangan dan pembangunan guna tanah bagi kawasan ini.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula Õre zonningÕ kawasan berkenaan?

    Kajian semula ’re-zonning’ bagi kawasan ini telah diambil kira dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat yang merangkumi keseluruhan daerah Kuala Langat dan akan dipublisitikan.

  3. Zon yang di peruntukkan sebagai kawasan zon agro teknologi kurang menampakkan hasil yang menggalakkan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula peserta-peserta yang terlibat di dalam Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khususnya di kawasan Hulu Chuchoh dan Sungai Kelambu?

    Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Kelambu seluas 80 hektar mula diusahakan pada Tahun 2005 dengan peserta seramai 18 orang.

    Pengeluaran hasil tanaman di TKPM Sungai Kelambu (tanaman yang diusahakan adalah ubi kayu, nanas, keledek, pisang dan sayur-sayuran) diakui kurang menggalakkan disebabkan beberapa faktor berikut:-

    • Keseluruhan kawasan adalah tanah gambut dalam melebihi 3 meter dan dikategorikan sebagai tanah bermasalah kerana asid dan pH yang tinggi tidak sesuai untuk tanaman.
    • Apabila berlaku hujan lebat, kawasan ini akan dilanda banjir oleh kerana masih terdapat kekurangan parit ladang dan saliran air keluar ke parit besar bersaiz kecil dan jaraknya jauh. Isu ini akan dapat diatasi pada bulan Februari 2009 di mana semua parit akan dibaiki dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Langat.
    • Oleh kerana tanah gambut yang dalam kerja-kerja membuat batas, mencangkul abu, menimbus pangkal tanaman dan menanam memerlukan tenaga kerja (manusia) dan jentera tidak boleh digunakan. Pada ketika ini masih terdapat kekurangan tenaga kerja tempatan dan memerlukan tambahan tenaga kerja luar (Indonesia) di mana ianya melibatkan kos (RM3,000.00 seorang).
    • Serangan monyet, babi hutan dan banjir menyebabkan pengeluaran berkurangan dan peserta memerlukan modal tambahan. Walaupun ada di kalangan peserta yang mendapat pinjaman daripada Agro Bank dan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat ianya masih tidak mencukupi.

    Pada ketika ini tiada rancangan untuk mengganti peserta-peserta. Penilaian prestasi peserta akan dinilai sehingga Disember 2009. Penggantian peserta hanya akan dibuat setelah penilaian tersebut dilakukan. Senarai peserta TPKM Sungai kelambu adalah seperti di Lampiran A.

    JAWAPAN DARIPADA PTD SEPANG

    c) Jabatan Pertanian Sepang mendapati pendapatan bersih peserta-peserta Agrotek (TKPM) Hulu Chuchoh mencapai sekurang-kurangnya RM3000.00 sebulan. Prestasi ini adalah sasaran yang dipersetujui dalam mencapai matlamat pengujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Oleh itu Jabatan Pertanian Sepang tidak ada cadangan untuk mengkaji semula peserta-peserta yang terlibat dalam TKPM tersebut.

     

    Ulasan daripada Jabatan Pertanian Daerah Sepang telah dipanjangkan kepada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat pada 24.06.2009 untuk diselaraskan secara keseluruhan.

     

               MAKLUMAT TAMBAHAN 

     

    Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungai Blankan yang dibuka  pada Tahun 2001, Seramai 148 peserta terlibat, 30% daripadanya adalah peneroka awal di kawasan ini.   Penyertaan mereka di kawasan ini adalah sebagai khidmat sosial jabatan kepada petani-petani setempat.  Jabatan menyedari dengan keluasan yang diberi iaitu satu (1) hektar setiap peserta adalah keluasan yang tidak menyumbang pendapatan mengikut garis panduan sebanyak RM3,000.00 bulan/peserta bagi tanaman kontan.

     

    Fakta:

    1) Pendapatan/Peserta/bulan;

     

    1. Ubi Kayu :           93/bulan
    2. Nanas           :           00/bulan
    3. Keledek :           00/bulan
    4. Lain-lain :           00/bulan

    2) Sebab pendapatan tanaman ubi kayu rendah;

    • Purata pengeluaran baru mencapai 60% dari potensi. Penanaman ubi kayu di kawasan tanah gambut dalam seperti di Sg. Blankan memerlukan masa untuk mencapai pengeluaran 85% dari potensi.[kini:16,000kg/ha;potensi:24,000kg/hektar]
    • 45 peratus  dari  penanam  ubi kayu adalah pengusaha lot yang kecil  (1 hingga 2 hektar)

     

    3) Buat masa kini pihak jabatan tidak bercadang untuk membuat penyusunan semula peserta disebabkan:-

    a) Pengekalan kawasan penanaman ubi kayu amat perlu kerana kawasan ini adalah penyumbang utama bekalan bahan mentah untuk perusahaan IKS di sekitar yang berjumlah tidak kurang dari 60 pengusaha.