Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

112) PEMBANGUNAN DI TAMAN MELAWATI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada tanah milik pemaju. Apakah nama-nama pemaju yang telah dan akan terlibat?

    a) Nama-nama pemaju yang terlibat ialah :

    1. Melawati Development Sdn Bhd
    2. Negara Properties Sdn. Bhd.
    3. Sime Darby Development Sdn Bhd
    4. Pembangunan Asmegah Sdn Bhd
    5. Twin Ridge Sdn Bhd
    6. TSA Land Sdn Bhd
    7. KLH Melawati Sdn Bhd
    8. Tristar Award Sdn Bhd
    9. Angkasa Gagah Sdn Bhd
    10. Majlis Agama Islam Selangor
    11. Loh & Loh Development Sdn Bhd
    12. Mitraland Sdn Bhd
    13. Home Grown Sdn Bhd

  2. Berapakah kondo-kondo mewah yang akan dibina?

    Pembangunan bagi Bangunan berstrata (kondominium mewah) adalah berdasarkan kepada jenis permohonan atau pembangunan yang ingin dibangunkan oleh pemilik tanah atau pemaju. Sesuatu cadangan pembangunan juga tertakluk kepada “zoning” gunatanah di dalam Rancangan Tempatan yang mengandungi klasifikasi gunatanah serta nisbah plot bagi sesuatu kawasan. Ianya juga perlu merujuk kepada Manual Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor agar pembayaran dapat dibangunkan dalam keadaan harmoni, selesa dan selamat.

     

  3. Bilakah taman rekreasi Central Park akan siap dibina?

    Projek pembangunan Dewan Komuniti dan Taman Awam dan persekitaran Bandar Melawati dijadualkan akan siap pada 18 Jun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.