Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

239) PEMBANGUNAN DI PESISIR SUNGAI SABAK BERNAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Cadangan kerajaan bagi membangunkan tempat ini menjadi tempat tarikan pelancong luar dan dalam.

    Cadangan mewujudkan Pasar Marjina yang beroperasi bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam. Masih dalam Fasa 1 pelaksanaan dan dijangka akan dirasmikan sempena Program Gagasan Rumpun Selangor pada 26 November 2024.

  2. Perancangan kerajaan bagi membangunkannya.

    Perancangan jangka masa panjang, kawasan Pengkalan Sabak sepanjang Jalan Syed Hashim dan Jalan Tebedu akan diutamakan untuk tapak penganjuran program.

  3. Apakah bentuk pemantauan bagi memastikan kawasan ini terjaga dan tidak menjadi tempat pembuangan sampah haram?

    Cadangan pemantauan seperti berikut:

    1. Pemasangan papan tanda larangan pembuangan sampah;
    2. Rondaan berkala oleh penguatkuasa; dan
    3. Pemantauan aduan yang dilapor oleh pengunjuk / penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.