Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

114) PEMBANGUNAN DI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT BAJA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tanah adat orang asli di Kampung Bukit Baja yang akan dibangunkan oleh PKNS? Adakah mereka mendapat pampasan dan kemana mereka akan di pindahkan sekiranya kawasan mereka akan diambil?

    Untuk makluman, sebahagian tanah yang dimaksudkan berkeluasan 243 ekar  merupakan Tanah Kerajaan Negeri yang telah diberimilik kepada PKNS dan PKNS akan membangunkan tanah 243 ekar tersebut dalam masa terdekat ini.

    Seterusnya, sebahagian tanah berkeluasan 180 ekar masih merupakan kawasan  berstatus  Tanah  Kerajaan  Negeri  (State Land).  Tanah tersebut telah dicadangkan untuk diwartakan kepada orang asli bagi penempatan dan kawasan pertanian untuk diusahakan setiap keluarga.

    Kedua-dua kawasan tersebut masih terdapat perkampungan orang asli dan kebun yang sedang diusahakan.

    PKNS  sebagai  agensi  Kerajaan  Negeri  mengambil  inisiatif serta bertanggungjawab untuk membantu penduduk Orang Asli Kampung Bukit Baja dengan membangunkan penempatan baru secara berpusat dan akan menaiktaraf kemudahan infrastruktur di dalam tanah yang akan diwartakan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.