Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

213) PEMBANGUNAN DI KAMPUNG BARU

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan kepada Kg.Baru Subang dan Kg.Baru Sg.Buloh ?

    Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5,476,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan sejumlah RM 83,200.00 telah disalurkan kepada  Baru Seri Subang dan RM 66,385.00 kepada Kg. Baru Seri Sg.  Buloh. Walau bagaimanapun bagi tahun 2010, tiada permohonan  projek – projek kecil yang diterima daripada Pejabat Daerah/Tanah Petaling bagi kampung-kampung tersebut.

  2. Senaraikan kerja-kerja yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan/ telah dilaksanakan di Kg.Baru Subang dan Kg.Baru Sg.Buloh menggunakan peruntukkan Exco ini ?

    Senarai kerja-kerja yang telah dilaksanakan di Kg. Baru Seri Subang dan Kg. Baru Seri Sg. Buloh adalah seperti berikut :-

    BIL. DAERAH KAMPUNG PROJEK PERUNTUKAN

    (RM)

    1. Petaling Kg. Baru Seri Sg. Buloh Membaik pulih taman permainan Kg. Baru Seri Sg. Buloh 30,085.00
    Membaiki jalan kampung Kg. Baru Seri Sg. Buloh depan kilang 36,300.00
    Kg. Baru Seri

    Subang

    Membina longkang di Jalan 1A  Kg. Baru Seri Subang 83,200.00
        JUMLAH KESELURUHAN 149,585.00

Lampiran

Tiada Lampiran.