Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
107) PEMBANGUNAN DI CERUN KELAS KETIGA DAN KEEMPAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai cerun kelas ketiga dan keempat yang telah diwartakan sebagai tanah rizab yang tidak boleh dibangunkan di seluruh Selangor bersertakan dengan keluasan tanahnya.
Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di dalam MMKN Ke 11/2010 pada 24 Mac 2010. Garis panduan tersebut telah kategorikan kepada empat (4) Kelas iaitu:
- Kawasan Kelas I adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
- Terain in-situ dengan kecerunan < 15°; dan Cerun yang dipotong dengan kecerunan < 15°.
- Kawasan Kelas II adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang sederhana seperti berikut:
- Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan < 15° dengan tanda -tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan < 15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif; dan
- Kawasan ancaman banjir.
- Kawasan Kelas III adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang tinggi seperti berikut:
- Terain in-situ dengan kecerunan dari > 25° hingga < 35° dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° dengan tandatanda wujudnya hakisan sederhana hingga teruk dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif;
- Terain in-situ dengan kecerunan < 15° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun; dan
- Kawasan ancaman banjir lumpur.
- Kawasan Kelas IV adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang ekstrem seperti berikut:
- Terain in-situ dengan kecerunan > 35° dengan ketia daan tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan > 25° hingga < 35° dengan tandatanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;
- Terain in-situ dengan kecerunan > 15° hingga < 25° yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan mempunyai tandatanda ketidakstabilan cerun;
- Kawasan ancaman banjir puing (debris flow); dan
- Puncak bukit atau rabung (ridges).
Di Negeri Selangor terdapat seluas 64,271.59 ekar kawasan yang dikategorikan Kelas III dan seluas 73,161.45 ekar bagi kawasan Kelas IV. Bagi senarai kawasan-kawasan yang mempunyai kecerunan Kelas III dan Kelas IV mengikut
Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor adalah ditunjukkan dalam Jadual
1.
Jadual 1: Senarai Kawasan-Kawasan Kecerunan Kelas III dan Kelas IV Mengikut PBT
Di Negeri Selangor
PBT Kelas III (ekar) Kelas IV (ekar) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 3,263.37 1,411.36 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 994.7 502.02 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 1,714.47 579.89 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 18,024.20 21,166.52 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 9,393.98 10,994.68 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 18,596.34 27,941.08 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 12,284.53 10,565.90 JUMLAH 64,271.59 73,161.45 Sumber: Maklumat GIS JPBD Negeri Selangor
Kawasan-kawasan yang mempunyai kecerunan Kelas III dan Kelas IV tersebut di atas tidak diwartakan sebagai tanah rizab yang tidak boleh dibangunkan. Walau bagaimanapun, setiap pembangunan di dalam Kelas III dan Kelas IV tertakluk kepada Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor.
Bagi permohonan perancangan yang melibatkan kawasan-kawasan pembangunan berkecerunan Kelas III boleh dibangunkan dengan mengambilkira aspek keselamatan, pemeliharaan cerun dan kebolehlaksanaan pembangunan. Densiti maksimum perumahan yang dibenarkan bagi rumah sesebuah adalah 6 unit/ekar, rumah berkembar 8 unit/ekar dan rumah teres 12 unit/ekar dengan 3 tingkat maksimum. Bagi pembangunan perniagaan nisbah plot yang dibenarkan 1:2 dengan kawasan plinth 50%.
Walau bagaimanapun permohonan berkecerunan Kelas III tertakluk kepada garis panduan khusus di dalam Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor dan perakuan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Manakala kawasan berkecerunan Kelas IV tidak dibenarkan untuk pembangunan kecuali pembangunan infrastruktur dan projek berkepentingan nasional. Garis panduan tersebut secara perperinci boleh di muat turun melalui laman web www.jpbdselangor.gov.my.
- Kawasan Kelas I adalah kawasan yang mempunyai pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut: