Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

151) PEMBANGUNAN DI BIO BAY

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri di Bio Bay?

    Pembangunan Selangor Bio Bay merupakan projek yang akan dibangunkan oleh syarikat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) dengan merangkumi keluasan pembangunan seluas 970 ekar, di Pulau Indah. Bagi merealisasikan cadangan pembangunan ini, Kerajaan Negeri merancang untuk melaksanakan beberapa program seperti berikut;-

     

    • Mempromosikan dan menarik projek-projek pelaburan di dalam industri bio-teknologi untuk melabur dalam pembangunan Selangor Bio
    • Bagi menyediakan kemudahan prasarana pelaburan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pemaju masih dalam peringkat kajian dan perancangan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan bersama (common facility) kepada pengusaha industri bio
    • Selain itu, Kerajaan Negeri dan pemaju juga merancang untuk menyediakan pusat penyelidikan (Research Centre) dan Pusat Inkubator (Incubator Centre) untuk kemudahan pengusaha Bio yang beroperasi di Selangor Bio
  2. Nyatakan jumlah peruntukan untuk membangunkan Bio Bay.

    Berdasarkan perancangan, pihak pemaju iaitu syarikat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) menganggarkan kos pembangunan Selangor Bio Bay adalah sebanyak RM3

  3. Nyatakan secara terperinci syarikat yang bersetuju untuk melabur di Bio Bay?

    Projek pembangunan Selangor Bio Bay masih di peringkat perancangan awal dan dalam proses mendapatkan kelulusan permohonan Cadangan Pengubahan Zon Guna Tanah pada 18 Disember 2015 kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pelbagai input telah diterima dari ahli-ahli ‘Selangor Bio Council’ yang telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 18 Mac 2016 dan pihak pemaju iaitu syarikat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) sedang memperhalusi input-input yang diberikan.

     

    Oleh kerana cadangan pembangunan ini masih di peringkat awal dan pihak pemaju baru sahaja mula mempromosikan cadangan pembangunan ini dalam misi-misi penggalakan pelaburan ke Sydney, Melbourne dan Perth, Australia.

Lampiran

Tiada Lampiran.